PENYATAAN PRIVASI

Privasi anda sentiasa terpelihara. Sila baca kenyataan di bawah ini untuk keterangan bagaimana data peribadi anda yang diterima oleh kami akan digunakan.

Data Peribadi

Kita tidak mengutip sebarang data peribadi kecuali dibekalkan kepada kami secara diketahui. Sebagai contoh, kami mungkin akan bertanyakan nama anda, jantina, bangsa, nombor pengenalan diri / nombor passport, taraf kewarganegaraan, nombor telefon, alamat surat menyurat, alamat email, nama perniagaan, jenis perniagaan, lesen kawal selia dan perniagaan, dokumen pendaftaran perniagaan, maklumat perbankan, status, pengarah, pemegang saham, imej (contohnya gambar). Data peribadi ini adalah secara sukarela tetapi sekiranya tidak diberikan ianya akan menyukarkan kami untuk memberikan perkhidmatan guaman seperti yang diperlukan. Sebarang informasi yang diperolehi daripada anda (“Data Peribadi”) akan disimpan secara elektronik atau simpanan fail.

Penggunaan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda untuk semua atau mana-mana satu atau lebih daripada satu tujuan yang berikut:-
(a) Untuk memberi perkhidmatan yang telah dipersetujui dan fungsi kami sebagai peguamcara;
(b) Bagi keperluan sesuatu kontrak, arahan dari klien atau keperluan yang lebih mendalam bagi sesebuah kontrak atau obligasi di mana klien terbabit;
(c) Untuk rekod atau pengesahan;
(d) Bagi tujuan pematuhan kami dengan mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan;
(e) Untuk tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan apa-apa perkara di atas.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Kami akan meminta kebenaran sekiranya ingin mendedahkan data peribadi anda bagi apa-apa tujuan berlainan daripada tujuan ianya didedahkan pada masa penerimaan untuk perkhidmatan yang telah dipersetujui. Namun demikian, data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:-
(a) Pembekal syarikat informasi dan teknologi;
(b) Pembekal kemasukan data entri;
(c) Bank dan syarikat kewangan yang lain;
(d) Syarikat Insurans;
(e) Penasihat Profesional dan Auditor luar;
(f) Syarikat Pembekal Simpanan;
(g) Berkaitan dengan sebarang proses undang-undah yang sah.

Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke dan / atau disimpan di lular Malaysia bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Penyataan ini.


Sekuriti & Kawalan

Kami menyimpan semua data peribadi yang diperolehi dalam persekitaran yang selamat bagi memastikan tiada pendedahan menyalahi undang-undang dan / atau penyalahgunaan data peribadi anda. Semua data peribadi anda akan disimpan oleh kami bagi tujuan seperti yang terkandung di dalam Penyataan ini dan untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan, sekiranya tidak diperlukan akan dimusnahkan data peribadi anda dengan cara yang selamat.

Pertanyaan dan Akses

Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk mengakses, membetulkan atau mengemaskini data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butir-butir yang tertera di bawah ini. Walaubagaimanapun, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda atas mana-mana alasan yang berikut:-
(a) Sekiranya dibenarkan undang-undang ataupun apabila kos untuk memberikan akses kepada anda tidak selaras dengan risiko kepada privasi anda;
(b) Sekiranya melibatkan keselamatan dan privasi data peribadi orang lain;
(c) Sekiranya tidak praktikal;
(d) Sekiranya tidak dalam keadaan yang baik;
(e) Sekiranya kami tidak dapat mematuhi permintaan untuk mengakses / membuat pembetulan dengan apa sebabnya.

Bayaran nominal mungkin akan dikenakan bagi setiap pengaksesan data peribadi. Sebarang permohonan hendaklah disertakan dengan surat bertulis dan dihantar kepada kami melalui alamat yang berikut Messrs. Jin & Co., Advocates & Solicitors, Notary Public, Suite No. 8-10-9, Level 10, Menara Mutiara Bangsar, No. 8 Jalan Liku, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur   Tel : 03-2284 2811     Fax : 03-2284 2611
Email: jin@jincolaw.com     Website: www.jincolaw.com


Am

Anda mempunyai hak untuk menarik balik sepenuhnya atau sebahagian daripada kebenaran yang telah anda berikan kepada kami, tertakluk kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan tempoh masa yang munasabah.

Sekiranya ada juga adalah “pengguna data” dan telah memberikan kami sebarang data peribadi individu dalam kuasa tersebut, sila pastikan bahawa sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak anda dan apa-apa pendedahan data peribadi adalah mematuhi Akta yang tersebut.

Kami mempunyai hak untuk meminda Penyataan ini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis atau pemberitahuan melalui laman web kami atau melalui email.

Nota : Notis ini dikeluarkan di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan.

 

 

 

abhaya